POWER MANIA NUTRITION
KENALI PENGASAS

Sesi Temubual Eksklusif Pemilik Power Mania Nutrition
Segmen temubual ekslusif yang ingin dipaparkan pada artikel kali ini adalah mengenai sebuah kisah inspirasi yang perlu dicontohi oleh anak muda masa kini. Kali ini saya berjaya menemuramah salah seorang usahawan muda tempatan terkenal yang kini namanya kian melonjak naik didalam bidang perniagaan sukan bina badan. Beliau adalah salah seorang pengasas kepada produk Power Mania Sport Nutrition. Rangkaian perniagaan beliau bukan sahaja gah didalam negara malah produknya mampu memecah masuk ke dalam pasaran negara Indonesia,Thailand dan Brunei produk beliau boleh dikatakan setaraf dengan produk-produk antarabangsa umumnya yang berasal dari negara-negara barat.
Lelaki ini memiliki kulit yang cerah, berwajah tampan serta mempunyai susuk tubuh yang amat sado, mampu membuat mana-mana wanita untuk jatuh hati kepadanya. Beliau adalah Mohd Nakir Shayuki,34 atau lebih dikenali sebagai BANGKIR. Beliau adalah anak jati yang berasal dari Bukit Payung, Terengganu. Beliau juga adalah berdarah kacukan Malaysia- Melayu Champa, maka tidak hairanlah jika wajah beliau mempunyai mirip-mirip seperti artis Kpop.
Ikuti temu bual khas bersama usahawan muda ini bagi mengenali beliau dengan lebih dekat dan impiannya serta harapan dalam arena sukan bina badan ini.
PENULIS : Apakah pendapat anda mengenai sukan bina badan di Malaysia pada hari ini?
BANGKIR: Sukan bina badan semakin mendapat tempat dan perhatian di kalangan anak muda di Malaysia. Memiliki susuk tubuh yang berotot menjadi tren masa kini bagi kaum lelaki untuk tampil lebih gagah perkasa dan berkeyakinan.
PENULIS : Bilakah anda mula terlibat didalam sukan bina badan ini?
BANGKIR: Segalanya bermula pada tahun 2005, waktu itu saya menerima rawatan fisiotrapi akibat daripada kecederaan lutut(ACL) yang agak serius sekaligus memaksa saya untuk menggantung kasut bola dari arena sukan bola sepak atas nasihat doktor. Ketika saya menjalani fisiotrapi di gim, kelihatan ramai lelaki bertubuh sasa dan memiliki bentuk otot yang amat cantik sedang giat bermain alatan-alatan didalam gim itu. Disitulah bermulanya timbul perasaan minat untuk mencuba sukan bina badan pula kerana pada waktu itu saya telah nekad untuk memiliki tubuh yang berotot. Pada tahun itu jugalah, saya pergi ke gim secara serius dan konsisten. Di gim ini jugalah saya dapat mengenali lebih ramai otai-otai didalam sukan bina badan dan secara tidak langsung saya telah mendapat tips-tips yang berguna dari mereka untuk membina otot-otot saya dengan lebih berkesan lagi.
PENULIS: Ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang anda dan keluarga?
BANGKIR: Saya dilahirkan pada 7 March 1985 dan saya pernah mendirikan rumah tangga pada 15 February 2012 namun apakan daya jodoh tidak berpanjangan ianya berakhir pada tahun 2015 dan saya telah dikurniakan seorang cahaya mata yang amat comel dan manja iaitu Qaisara Humaira yang kini telah berusia 5 tahun.

PENULIS: Ceritakan secara ringkas mengenai karier anda dan jawatan yang dipegang oleh anda pada masa ini?
BANGKIR: Saya bekerja Di Syarikat saya sendiri iaitu POWER MANIA SPORT NUTRITION dimana saya sendiri mengurus projek penjualan dan perancangan Syarikat.
PENULIS: Apakah cabaran peringkat awal yang anda hadapi sewaktu berusaha mencapai cita-cita anda iaitu memiliki tubuh badan yang berotot?
BANGKIR: Cabaran utama yang sering saya hadapi adalah kekangan dari segi kewangan. Umumnya, penglibatan dalam arena sukan bina badan memerlukan pengorbanan besar dari aspek kewangan terutamanya bagi perbelanjaan makanan tambahan dan penjagaan pemakanan. Perbelanjaan bagi menampung makanan tambahan ini mencecah ratusan hingga ribuan ringgit bagi memastikan badan saya mencukupi zat-zat yang dikehendaki bagi membina otot yang sasa dan padu. Selain itu, cabaran yang terpaksa ditempuh adalah mengenai cara pemakanan. Menjadi seorang atlet bina badan memerlukan penjagaan pemakanan yang rapi. Saya tidak boleh sewenang-wenangnya menikmati makanan lazat yang mengandungi kuantiti minyak dan gula berlebihan. Jika saya ingin membuat persediaan dalam mana-mana pertandingan bina badan, saya memerlukan pengorbanan selama hampir 3 ke 5 bulan dalam mengawal pengambilan minyak dan tiada pengambilan gula.
Di samping itu, saya juga perlu bijak dalam membahagikan masa saya dalam menjalankan tugas-tugas hakiki sebagai seorang pengurus pemasaran dan penjualan serta masa untuk menjalankan latihan.
PENULIS: Apakah kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi oleh anda selama berkecimpung didalam arena sukan bina badan ini?
BANGKIR: Antara pertandingan yang telah saya sertai adalah:

🏆 Mr. PENANG 2011 – (Top5 bawah 65kg)
🏆 Mr. Gym 1Malaysia Peringkat Kuala Terengganu 2011, (Tempat ke-2 dalam kategori 75 kg)
🏆 Mr. Gym peringkat Kuala Terengganu 2012 Tempat pertama dalam kategori 75kg
🏆 Mr Gym Rakyat 2012 Tempat pertama dalam kategori 75 kg
🏆 Mr. Gym 1Malaysia peringkat Terengganu Light Middle (Tempat ke-2 kategori 75 kg )
🏆 Mr. Terengganu 2011, (Tempat ke-2 dalam kategori 75 kg – Mr Gym Terengganu 2011 ( Tempat ke -2 dalam kategori 70 kg)
Susu ada laktosa ?
ReplyDelete